Thursday, August 26, 2010

Tertekan dgn segala tekanan

Tetiba rasa tertekan dengan segala tekanan yg dihadapi..hampir 4 bulan aku jadi penganggur..seperti tak ada kelayakan langsung dalam alam pekerjaan. tak tau mana nak mula untuk cari pengalaman baru. segala2nya macam terkontang kanting. tak tau nak fikir kan yang mana satu dulu. buat keputusan sendiri macam tak kena. kang tersilap kat mana2 lagi tension. tapi kalau tak cuba, sampai bila nak tau keadaan yang sebenar. rasanya semua macam susah, tapi tak mustahil untuk aku cuba. tapi aku perlukan semangat yang kuat. semangat, bukan tindasan. ermm lepas raya nie aku kena rancang lagi rancangan yang baru. dah berapa kali aku tukar rancangan. semua macam tak jadi. strategi tak kukuh kot. huhu so aku kena tabah bergerak semua nya sendiri. moga2 Allah membantu aku lancarkan segala perancangan ni. insyaAllah~ 

Kadang2 aku diam. diam kan diri dari segala persoalan. sebab aku sendiri tak tau apa jawapan dan kesudahannya. orang kata kalau aku sabar dan terus sabar, aku akan dapat hikmahnya. ya, aku sangat2 tertunggu2 hikmah tu. tapi aku juga perlu berusaha. tapi macamana??huhu aku diam tak bermakna aku tak fikir apa2. orang takkan tau apa yang selalu ada dalam otak aku nie. air muka memang nampak macam tak ada pape. kosong. tapi hati nie Allah je yang tahu betapa susahnya aku nak hadapi semua ujian nie. Ya Allah~ tenangkanlah hambamu ini. aku bukan saja nak Kau permudahkan segala urusan ku. tapi aku juga perlukan kekuatan dan bagaimana cara untuk aku leraikan segala kekusutan ini..amin ~.~

Thursday, August 19, 2010

Pencarian harapan baru

Setelah pergi interview kt TM 2x...last2 benda lain plak yg aku terima. kalau dah tak leh nak amek pekerja, tak payah la kot susah2 kan aku. susah kan hati aku. tertunggu2 terlalu lama. Ya, aku terlalu mengharap perkara yg tak pasti. so skang aku amek keputusan redha je. duduk umah rehat2. tengok la sampai bila nak rehat. tapi dalam tengah rehat2 tu, aku masih diberi peluang untuk dapat duit sendiri. takpela, ada rezeki sikit aku terima jadi cikgu sementara kat tadika tu. masa tu aku  mula belajar suka kan budak2, layan kerenah dorang. so senang la nanti. tapi anak orang lain tak serupa ngan anak sendiri. ada yang perangai..masyaAllah..nauzubillaminzalik. tapi ada yang comel. baik. senang dengar cakap. so aku jadikan sume tu semangat aku. kadang2 telatah dorang leh happy kan aku. dan boleh isi masa lapang. budak2 ni pun kadang2 kelakar gak. perangai pelik2. =)

tapi dalam happy tu aku still sedih dengan apa yang berlaku. mana silapnya aku. mana kurangnya aku. aku rasa dah buat yang terbaik. tapi sebenarnya satu pun tak terbaik lagi. aku tak tau strategi apa lagi yang aku kena buat. Mungkin Allah nak uji aku untuk kesekian kalinya. adakah akhir keputusan nanti membahagiakan atau lagi mengecewakan??aduuhhh. hidup ni semakin tertekan dengan kekusutan yang melampau. semangat yang ada semakin hilang perlahan2. tak sanggup lagi rasanya. dugaan makin menjadi2 untuk aku. aku. dan aku. Ya Allah...Kau kuatkanlah hatiku. tabahkan hati aku terima ujian dariMu. memang susah nak dapat kan apa yang kita nak. usaha memang kena lebih je. aku rasa aku dah usaha, aku dah sabar. tapi mana pergi nya semua kelebihan tu :(

untuk pengetahuan, ni bukan entry untuk mengeluh...cuma untuk meluahkan... (~.~) sekian.

Wednesday, July 28, 2010

Tak seharusnya mengharapkan perkara yang tak pasti

Mulai hari ni aku akan cuba belajar tak mengharapkan sesuatu yang tak pasti. aku dah tak nak terhegeh-hegeh mengharapkan layanan, perhatian dan ehsan dari sesiapa. biarlah aku membawa hati aku jauh disudut sana. aku hanya diperlukan seseorang, bila waktu pentingnya saja. dulu mungkin aku selalu memberontak bila nak mendapatkan sesuatu yang tak pasti. sekarang aku nak diri aku belajar supaya tak terlalu mengharap. mungkin pada awal nya susah. tapi aku cuba. aku tak nak orang memperlekehkan kehadiran aku. betul apa orang cakap. sesuatu akan jadi lebih bernilai kalau ianya dah tak ada. mungkin aku perlu mendiamkan diri dan membawa hati. supaya segala-galanya akan tenang tanpa kehadiran aku.mungkin itu yang mereka mahukan. sekarang aku hanya perlu fikir kan tentang diri aku.susah senang, sihat sakit dan hidup mati sendiri............

Wednesday, July 21, 2010

22nd July 2010

Happy birthday to me.....happy birthday to me...thanx to Allah S.W.T bcoz give me a chance to breath until today...from 23years ago.. Thanx to my mom coz deliver me and give full of loves and cares.....=S...but i'm still feel lonely...tak dapat perhatian...kalau hari2 lainboleh la sabar...nak mintak hari ni je kot...hari ni je...tak hepy...=( tak suka....sedih. orang hari yg gembira, nk gembira je satu hari.......tapi tak dapat pon belom sampai satu hari dah sedih ;(

TAK SUKA!!!......................ngeng. Malas. Fuuurrrr~

Thursday, July 15, 2010

rasa diri tak berguna =(

Arini tiba2 nak rasa sedih2 je....tiba2 rasa diri ni tak berguna, tak dapat wat yg terbaik untuk pasangan kita. Bila aku susah hati, ada masalah, dia lah penenang hati aku. sampai kadang2 aku terfikir, aku je selalu ada masalah. aku tak pernah dengar pun dia ada masalah. pernah aku tanya....dan dia jawab, aku pun dah banyak masalah. so, dia tak nak beban kan aku dengan masalah2 dia. terharu sangat rasa. tapi bila tiba2 dia susah hati, kenapa aku tak reti nak senang kan hati dia. kenapa aku tak leh nak bantu apa2 untuk dia yang selalu dah berkorban macam2 untuk aku. rasa diri aku macam tak berguna jadi pasangan dia ='((

I'm so sorry dea....syg tak tau kenapa syg macam nie. maaf ye sebab tak dapat jadi yang terbaik ~.~' tapi syg sentiasa dsamping awk taw ^.^ leviu.......

Take care urself for me ya..thank you dea (~.~)

Thursday, July 8, 2010

Hidup sorang2.

Aku tak suka bila time2 camni. kalau fikiran tengah kusut, bertambah lagi macam2 masalah. Dugaan aku untuk yang ke berapa ratus kali dah nie selama 23tahun. Aku tak kuat. sangat2 tak kuat! Aku sorang2. yer, aku takde sesape. Kalau boleh memang aku tak nak susah kan mak lagi. tak nak risau kan mak. tapi aku rasa aku dah buat macam2 kat umah nie sebagai seorang anak. aku dah tolong jaga, tengok2 kan mak. memang aku tak berduit nak ditayang2kan. kerana duit semua jadi kabur. hidup aku memang sorang2. kalau lah abah ada, abah mesti buat sesuatu untuk aku. sumorang akan dengar cakap abah. takde sape pun akan membantah. tapi sekarang, semuanya takde. dengan sape lagi aku nak mintak tolong?? mentang2 aku sorang2.
Fine. aku bukan nak merungut. bukan nak merungut segala ujian dan dugaan Tuhan. aku memang ada mak nak tenangkan aku. tapi aku kesian dengan mak. memang duit semua tak jadi masalah. bila dea ada memang aku mengharapkan dia je. family, mak pon mengharapkan dea. tapi bila dea takde semuanya jadi kelam kabot. pasti. selalu sangat.

Ya Allah...kuatkanlah hati aku nie. aku memang insan yang lemah.memang aku lemah. lemah yang teramat sangat. aku takde sesiapa dalam dunia ni melainkan Kau Ya Allah..mak..dan dea..semoga semua yang berlaku ni ada hikmahnya Ya Allah ~.~' kuatkanlah iman aku.....................='(

Sunday, June 27, 2010

24th June 2010

Arini dalam sejarah..buat kali kedua aku g interview.hehe setelah penat belajar selama hampir 20thn akhirnya aku pergi mencari sesuap nasi.wahh ayat tak leh dterima macam drama plak haha..
22hb aritu tengah aku kusyuk tengok FB kawan2 yang dah dapat kerja rasa cemburu plak dalam hati nie. erm bila la rezeki aku nak dapat. dah dekat 2 bulan mbesarkan badan. tapi, serehat2 aku pon, aku tak goyang kaki. ada jugak kerja2 yang aku buat kat umah nie =) macam2. jalan2 lagi ngan dea heee 
tengah dok asyik comment kat FB member2 sekali orang dari TM call. aku ingat dorang main2. sebab memang selalu dorang keep in touch ngan aku walaupon dah abes praktikal. aku disuruh datang interview. wah for the 1st tome job yang aku apply panggil interview, Yang banyak2 tu takde plak. tak layak ke huhuhu entah la. aku disuruh datang pada hb sekian2 pukul 2ptg. okay sett. dea ade so ada la insan yang nak teman kan aku nanti. thanx to my dea =) dea orang kedua yang aku bgtau selepas emak.
Pagi 26hb nie, awal2 lagi dea dah datang, teman aku g fotostat segala bagai yang diperlukan semase interview nanti. haha baru nak kelam kabot kan ;) takpe. tu la tanda nya ada masa ni lagi nak usaha hahaha kul 12 dah bersiap2. tak sempat makan ke ape. sbb pagi2 dah bfast kat luar. perot pon kenyang suda.
sampai kat TM dalam 12.30..wahhh awal gitew. excited kononnye. tapi hampeh. kesian kat dea tggu lame. rupe2nye aku group yang terakhir kul 5.15 baru masok utk di interview. kesian kat dea huhu dah borak2, gelak2, dah ilang saat2 ke gabra an....akhirnye 6.45 aku dah leh balik..yahuuu at last ;) tapi pesan HR dalam tempoh sebulan dorang akan call. if not, paham2 je la kan..huhuhuhu erm time to back home!
alamak! kat luar dah semakin mendung. OMG! my dea?! where are you? kesian kat dea tggu lame2 ujan plak tu...huhuhu aku pon kelam kabot turun. of course guna lift. tak mgkin guna tngga hehe aku dh nampak dea kat luar dgn wajah seriusnye huhu aku takot ~.~ sesi pujuk memujuk telah berjalan. 
sekian~